Monday, January 17, 2022

QUICK ESCAPE TO TAWAU & SEMPORNA !

Hi everyone, happy 2022!
Masih belum terlambat untuk wish selamat tahun baru 2022 kan. Hari ni luangkan masa sekejap menulis blog untuk pembuka tahun baru. Best dapat ambil kesempatan untuk relax dengan kawan-kawan masa zaman universiti ni. Dapat share2 story yang sekian lama kami x berborak.
Al-kisahnya kawan sorang ni invite la aku jalan sekali sebab tiket flight murah dari Kota Kinabalu ke Tawau (Return flight) cuma RM24!! Lagi murah dari naik bas. Apa lagi.. terus la beli masa tahun lalu tu.. jadi x jadi belakang kira.hahaha jadi dapatlah pergi juga..

Masa ni flight dalam jam 7 pagi macam tu.. Sabah kan awal siang.. masa ni dalam jam6 pagi... cantik sangat2 sunrise dari airport KK ni..nampak gunung Kinabalu. Kalau dalam gambar ni nampak jauh... tapi sebenarnya nampak dekatt..tu la uniknya mata manusia ni kan... Subahanallah..

Ni la suasana dalam kapal.. macam biasa la semua guna facemask. Memang flight seat tu penuh. Ramai juga orang fly ke Tawau pagi tu. Dah la sekejap 50 minit sepatutnya tapi 45 minit kami dah landing.. Alhamdulillah cuaca sangat baik waktu itu...
Sampai airport terus kawan sorang ni yang jemput kami..hehe sementara tunggu dia habis kerja half-day, aku dengan kawanku sorang lagi bersarapan kat Mee Tauhu Tawau. Tempat ni sangat famous dengan makanannya yang ringkas tetapi sedap... sup terung tu pun sedap...

Lepas habis breakfast tu, kami rehat sekejap kat tempat kawan sementara tunggu dia habis kerja pukul 12 tengahari tu... lepas Jamak solat Zohor dan Asar, kami gerak terus ke Semporna yang mengambil masa sejam sahaja. Perjalanan pun sangat santai sebab mood bercuti kan.. Buat apa kelam kabut..hahaha


Member aku dua orang ni kat depan. Aku macam biasalah pilih duduk belakang..conquer tempat duduk sorang kat belakang.hihihi
Bila ikut kawan ni kan, bercerita tu jangan cakaplah.. tidur ja kali baru senyap.... selagi mata terbuka, memang x pandai habis berborak. Ada saja cerita baru itu dan ini.. Share pengalaman kerja masing-masing dan baaaanyak lagi..

Sesampainya di Semporna, kami pun check-in la kat hotel yang sangat bajet bawah RM100. 
Hotel ni baru tau..kecil dan sebaris dengan kedai tapi kena pada bajet dan bilik pun baru. 

Petang tu perut dah lapar, kami cari seafood laa... makan lobster dan ketam. Order pun x la banyak. Sebab nanti x habis, membazir pula.. Total makanan semua RM100+
Alhamdulillah sedap.. sebenarnya di KK pun ada juga.. Sabah ni macam biasalah seafood sana sini.. Kami ni pun memang jalan beli tiket pastu tiada planning makan mana apa semua..ahahaha asalkan makanan tu halal sedap, okay ngam..HAHAH


Acah2 jadi pelancong jap.. kami menaikkan ekonomi Sabah dengan berjalan-jalan dengan kawan-kawan sambil merehatkan balik minda tu yang dah lama PKP dan stress kehilangan kerja waktu pandemik.. Syukur alhamdulillah belum tahap depresi walaupun tahap burnout tu sudah merasa...

Malam tu kami melawat tempat viral baru di Semporna... Tempat makan-makan! Hahahaha makan saja tapi sini memang kenyang sudah.. tinggal tengok2 jak lagi kalau ada mau dibawa kudap-kudap balik hotel nanti... sambil2 gambar laaa

nama tempat ni Terowong. Sangat respect dengan dorang ni sebab waktu tu baru habis azan maghrib dan memang yang kedengaran adalah bacaan-bacaan ayat Al-Quran sekitar tempat ni. Pastu surau disediakan sekali situ.. Jadi peniaga-peniaga dan pelanggan pun sempat menunaikan ibadah.
Well done orang-orang Semporna!

Esok paginya kami gerak pulang semula ke Tawau. Next time lagi la ke Semporna dengan tambah geng2 kami lagi untuk ke pulau pula. 

Ni gambar kami di Tawau. Jalan-jalan keliling Tawau. Orang Tawau ke KK, kami pula ke Tawau. Ahahaha ganti2 la ba kan..
Bukan selalu ba ni..kami enjoy dulu zaman bujangan sebelum mau jadi bini orang ni...
lamaa lagi la..ahahhaa

Okay la.. tiba-tiba di Kundasang, melompat ba ni cerita.. sepatutnya balik naik flight kan, tapi kawan siurang satu tu ada urusan di KK sekali. Jadi dia mau bawa keretanya baru dia balik kampungnya di Kudat. Nahh..jadinya kami naik kereta lagi la ke KK, ni singgah Kundasang untuk makan dan solat.. Sampai rumah tu memang mengantuk tidur nyenyak ba terus.. masa dalam kereta x pula mau tidur kan.. Bercerita punya pasal kan.. Yang penting lasak betul kawanku satu orang ni memandu satu Sabah sudah dia dari hujung dunia ke ke hujung dunia la ba ni...
Ohh sebenarnya kami 3 hari 2 malam saja.. 1 malam di Semporna, 1 malam lagi di Tawau.
Overall, best sebab suka bercuti-cuti begini banyak bersantai-santai.. Kalau pegi pulau tu nanti next time la.. sebab tu confirm sunburn dan penat..hahahaha okayy thank you yang larat baca tuu.. bye2







Tuesday, September 7, 2021

Mooncake Halal di Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum, hai semuaa.. kongsi sini sikit yaa..sementara aku ada baanyak mood mau menulis ni.. Mungkin ada yang tercari-cari mooncake untuk kudap-kudapan atau hadiah untuk kawan atau untuk keluarga. Sini ada mooncake yang bagi aku "good choice" la orang putih bilang. Hahaha..

Sebab pertama - dia didatangkan dengan pelbagai saiz, ada yang bite size, ada yang saiz macam dalam gambar ni dan ada juga yang standard size korang selalu nampak jual di kedai tuuu.. dan harga yang dalam gambar ni aku beli 1 box RM23, sangat murahhhh.. 1 box ni boleh mix flavour..

Sebab kedua - dia ada baaaanyak flavour, dari yang classic flavour saaaampai laaa mint chocolate tuuu.. dan ada juga perasa baru mango dan yam.. oh ya, durian flavour pun ada tauuuu...

Sebab ketiga - bungkusan packaging dia ya ampun, cantik sangat-sangat... aku beli sampai 6 box bagi dengan kawan sekerja sebagai hadiah. Banyak jenis packaging diaaa...love sangat sangat...


Sebab keempat - ni sebab utama sebenarnya, ini mooncake yang halal ya kawan-kawan.. So, boleh makan tanpa was-was yaa....

Jadi, cara beli, boleh pergi instagram Mawarlittlebite cek situuu, DM la dia, whatsapp ka apa ka, buat la apa yang patut..hahaha yang penting x menyesal sebab ni aku post ni bukan dia yang suruh aku review okayy, ni aku review sendiri atas perkongsian akuuu..ahh gituuuu


Kalau hilang sudah idea kamu mau bagi hadiah sama family atau kawan-kawan, nahh ini la salah satu dia... beli tanpa perlu fikir lagi pembalut hadiah bagaii..jimat sudah..

Okay, sambung kupi-kupi duluuu sambil makan mooncake! Byee

 

Muka breakout teruk lepas pakai Face Mask??

Haluuu... hari ni share sikit story... tapi macam banyak dah pos aku hari ni, lebih banyak dari yang biasa sebab kemarin-kemarin tiada post cerita apa-apa punnn..hahaha

Okay, cerita ni berlaku tiga minggu lalu... ada satu hari tu aku kerja kat pejabat tu, aku pakai facemask dari pagi saaampai petang tanpa buka sikit pun sebab masa tu, takut sangat kes covid ni makin tinggi kat Sabah! Seram! Jadi aku nekad pakai mask sepanjang buat kerja tu. Tukar juga la mask tu banyak kali. Tapi tengah menaip pun pakai mask masa tu.. Tau2 esoknyaaa..muka aku gatal-gatal, merah.. pastu berjerawat dengan jawline tuu dan bahagian dagu.. aduhh pedihh sangat-sangat.. waktu tu aku baru habis ambil vaksin dos dua masa empat hari yang lalu. Aku ingatkan kesan sampingan vaksin tuu.. Pergi la aku jumpa doktor kat klinik kerajaan ni... Dia suntik aku kat tangan bagi masuk ubat hilangkan gatal-gatal tu.. Ya Allah, dah la baru habis suntik vaksin, pastu suntik ni lagi..hahaha

Namun, doktor tu syak bukan kesan sampingan vaksin... Aku ni punya la paranoid sangat, hahaha pastu doktor tu tanya aku, baru tukar jenama facemask ke? Aku yang "eh, macam mana dia tau ni". Aku jawab la yaa, tukar jenama lain.. Pastu doktor tu cakap lagi, ni mungkin masalah tukar mask dan mask sekarang ni mungkin bagi kesan alergik dengan kulit muka. Pastuuuu, aku pun "okayyyy..."

Doktor tu suruh aku pakai yang sebelum ni punya facemask tu.. Masalahnya aku pun tak tahu mana la satu jenama yang aku pakai.. Banyak sangat..hahahahaha sekejap headloop la, kejap yang warna ni la.. haaaa baru ko tau confuse kannn, bukan pilih baju ja confuse, pilih facemask pun confuse juga tauuu.. Maka aku balik la rumahh lepas habis dari klinik tu.... Doktor ada bagi ubat Loratadine juga.. aku baca ubat tu macam pernah nampak.. Larr.. rupanya ni ubat yang kakak aku makan kalau resdung ni naik hantuuuu... hahaha.. ubat sapu pun ada juga jenis water-based. 

Lepas tuuuu, ehh ada lagi cerita.. aku pun terfikir mau beli niiii, facemask Jovian.. Sebab ni ja setakat ni yang pack satu-satu dalam plastik.. Lagi bersih kalau masuk dalam beg untuk bawa extra kan, kot2 la kotor ka, jatuh ka, putus kaa.. lebih 4 jam kaa, at least ada extra dalam beg... Jadi aku pun place order.. Ewah-ewah, shopping ja aku ni.. dapat Free Shipping ke Sabah! Hahahaha

Okay2, ni satu box ni 30 pcs.. Corak aku beli ni agak ketinggalan la sebab Jovian dah keluarkan corak dan rekaan lain, yang popular tu Fazura punya tuuu, cantikk... tapi asal mau order, sold-out..hahaha

Warna hitam jenis headloop sesuai untuk Hijabist macam akuu..gitchuuu

Jadi aku beli la yang classic warnanya, hitam.. harga RM30 satu box, total RM60 tapi coins ada lagi, dapatlah dalam RM54. Okay la sebab free shipping..hihi.. ni la ni sampai kat rumah aku, maghrib2 abang poslaju tu teriak2 kat luar pagar rumah jerit "Pos Lajuuuuuuu!!!" Haaa kau.. satu baris rumah tau aku beli barang online...bocor rahsia...hahaha pastu aku pun berlarian suruh adik lelaki aku ambilkan..hahaha tu la fungsi diaaa sebenarnya kat rumah ni..

Okay tu jak, bye!

Penambah baik dalam Aplikasi MySejahtera

 
Haa, mesti ramai yang dah update aplikasi MySejahtera dalam telefon masing-masing kan? Baru-baru ni telah diumumkan bahawa terdapat "feature" baru dalam aplikasi MySejahtera. Selepas pengumuman tu, banyak jenis-jenis telefon pintar yang dah update dengan aplikasi ini termasuklah saya. Ni hasil "screenshot" dari aplikasi MySejahtera yang baru. "Feature" ini menunjukkan status risko samada Low Risk No Symptom/ Low Risk With Symptom/ High Risk/ Casual Contact with No Symptom atau sebaliknya. 

Selain itu, bahagian ini juga menunjukkan status vaksin kita samada "Fully Vaccinated" atau "Partially Vaccinated". Kalau perasan masa imbas kod QR kat kedai tu, akan keluar perkataan IN dan kalau keluar OUT. 

Maksudnya setiap kali kita dah habis membeli di sesebuah kedai tu, kita mesti Check-Out lokasi tersebut. Jadi aplikasi tu akan rekod waktu kita berada di dalam kawasan tu dan senang untuk pihak yang tertentu memantau pergerakan sekiranya berlaku jangkitan Covid-19 ni.


Sebenarnya agak bosan juga sebab hari-hari berita tentang Covid kan, sampaikan berita lain tertutup oleh cerita Covid ni.. tapi apakan daya, kena terimalah norma baharu kan.. Kalau kita tak update dengan semua ni, habislah kena saman kalau salah langkah.. Lagi teruk kalau terkena jangkitan dan menjangkiti orang lain.. huhu...

Apa-apa pun saya dah dua dose.. (tiber)




Aiskrim bergerak di kawasan perumahan.

 Assalamualaikum, haluuu

Hari ni saya muncul lagi, hahaha.. 

Okay cerita hari ni pasal peniaga bergerak di kawasan perumahan. Tidak kisahlah yang guna kereta, motor atau jalan kaki pun ada. Kalau dulu, paling biasa dengar, "surat khabar lamaaaaa". Sekarang ni kalau kawasan perumahan aku lansung tiada sudah yang macam tu. Paling legend lori aiskrim tuuu.. Haaa kalau ada bunyi lagu-lagu, memang berlarian kami masa kecik2 dulu membeli.. Bezanya dengan gambar tu, aiskrim jenis kaut, kalau dulu, soft ice cream tu baru bestt... tinggi.. satu cone macam ni RM2. Berebut la masa kecik-kecik.. Sekarang pun kalau ayah aku yang perasan lori ni lalu depan rumah, dia yang belikan kami adik-beradik.. hahaha nostalgia betul...

Ice Cream Chocolate & Vanilla

Tumpang gambar yaa..hehe


Selain lori aiskrim, pagi-pagi mesti ada penjual ikan, sayur naik motorsikal lalu depan rumah sambil bunyi hon comel tuu.. Ikan dia segar-segar walaupun harga mahal sikit dari pasar tapi berbaloi sebab terus muncul depan rumah. Kadang x sempat ke pasar kan. Pastu dia jual sayur-sayur rare yang tiada kat bandar, maksudnya sayur-sayur kampung yang susah jumpa..

Lagi satu yang memang ada dari dulu masih ada juga, lori jual tong gas. Yang berisi la, bukan kosong yaaa..hihi.. ni selalu memudahkan kami kalau gas dah habis.. Sebab lori tu hari-hari lalu perumahan ni.. dan lori ni juga macam alarm clock, hahaha kalau-kalau terlajar tidur tuuu, dengar bunyi hon ni kuat kat luar rumah, berulang-ulang.. memang bangun la jawabnyaa sebab lori ni jam 6 pagi tu dah mula round perumahan...

Oh, ada juga kadang-kadang orang bawa kereta sambil pusing-pusing taman jual Roti RM1. Dia akan dsiplay dekat tempat simpan belakang kereta tu, pastu pusing-pusing satu taman... "Mari Beliii, Mari Belii, Roti Satu Ringgit" bunyinya... Banyak jenis roti dia jual.. pernah viral juga awal tahun tu sebab waktu pandemik ni, ramai yang kehilangan kerja dan orang akan berusaha untuk cari duit, jadi dia jual roti, kagum sangat dengan usaha penjual tu.

Haaa, cerita ni muncul sebab tadi ada lori lalu kat depan rumah jerit kat speaker.. Kurang jelas sebutannya.. Yang aku dengar "Pfizer" la, "Blazer" la.. "Vanakam" laa.. sekali lalu depan rumah, "Tanah Hitammm" tu rupanya dia sebut..hahahaha okey tu ja la..sekian..

Monday, September 6, 2021

Beli casing telefon dari China

SELAMAT DATANG SEPTEMBER!

Posting ni adalah pertama kali "publish" tahun 2021. Hahahaha... Masih gigih ya buka blog walaupun lansung tidak ada "content" menarik. Tapi "update" cerita di sini lebih seronok banding di "Social Media". Hanya para blogger yang tau kenapa.

Tengah syok2 update blog, tiba-tiba abam JNT hon bunyi comel dekat luar rumah. Hahaha barang Shopee dah sampai.. tadaaaaaa.. comel kann.. 



Casing ni jenis lembut dan nipis, memang muat dekat phone aku, harga pun RM4.86 sahaja untuk satu casing ni, mula-mula rasa skeptikal sebab murah, ni mesti kalau pasang di telefon, x muat ni.. biasanya macam tu laa.. sebab kawan sendiri dapat yang longgar sangat, macam-macam la.. nasib yang ni saiznya ngam2 jak. Permukaan dia tidak licin jadi telefon tu tidak mudah terlepas dari tangan.

Lepastuu, free shipping lagi.. Shopee ni memang suka bagi free shipping lagi-lagi orang yang tinggal di Sabah ni, shipping fee selalunya mahal dari semenanjung. Beli 1hb September, sampai sini 6hb September. Wahh memang cepat prosesnya. Selalunya kalau dari China ni hampir dua bulan baru mau sampai.Tapi kalau membeli di mana-mana online platform, yang paling penting tengok review dulu.. Kalau review tu kurang meyakinkan, kena survey shop lain pula.. Berbeza dengan pergi ke kedai betul-betul. 

Apa-apa pun, casing ni comel sangat.. Hehe, bye.

Tuesday, September 15, 2020

CARA-CARA MENAIKKAN MINAT MENULIS BLOG?

Dua tahun lansung tidak "publish" apa-apa artikel dalam blog ni.. Bila tengok blogger lain ada "content" rasa rindu tulis blog. Banyak artikel aku tulis semua masih dalam "draft" sebab kadang-kadang dah tulis tu panjang lebar tapi rasa tidak mau post. Apa jadi ni? Mungkin minat sudah hilang? Atau memang sebab kurang ilmu untuk memperluaskan lagi penulisan blog ni. Rasa takut menulis pun ada sebab sekarang macam-macam orang pertikaikan penulisan kita. Tidak lari dari komen negatif tu. Buat blog sebab suka menulis, mengarang macam-macam tetapi kadang-kadang takut salah kenyataan tu. Silap kata-kata boleh "viral" lepas tu orang boleh saman kita. Apa cara-cara kamu mau naikkan minat menulis blog untuk mereka yang sentiasa ada saja idea penulisan. Tu memang saya tabik la kalau ada saja "content" yang hendak ditulis. Ni bahasa aku pun kadang-kadang jadi baku, kadang slang ejaan Sabah sudah. Hahaha..

QUICK ESCAPE TO TAWAU & SEMPORNA !

Hi everyone, happy 2022! Masih belum terlambat untuk wish selamat tahun baru 2022 kan. Hari ni luangkan masa sekejap menulis blog untuk pemb...